Rabu, 6 Disember 2017

Masyarakat Islam

Masyarakat Islam telah bermula
Asasnya telah mula nyata
Dibangunkan oleh pemudi pemuda
Melalui dakwah merata-rata

Tunggulah masa dan ketikanya
Tenaga-tenaga itu sedang bekerja
Setiap masa di pelusuk negara
Yang akan menggempar seluruh dunia

Iman dan ukhuwwah sebagai asasnya
Mesti ditanam di dalam jiwa
Setiap peribadi mesti memilikinya
Dari situ melagang keluarga

Al Quran dan sunnah sebagai sumbernya
Mesti diamalkan setiap masa
Menggantikan dustur yang ada
Yang telah merosak kehidupan manusia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

يا ربي امنحني

يا ربي امنحني شيئا من حبك لي حتى لا أحب سواك يا ربي يا الله يا ربي امنحني شيئا من شعور الخوف حتى لا أخاف سواك يا ربي يا الله يا الله برح...